BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

anda orang yg ke ...

mutiara islam hari ini

Friday, June 25, 2010

Negeri di bawah bayu dalam kenangan

Penantian selama 6 bulan putera dan puteri2 ku untuk ke Sabah dan menaiki pesawat akhirnya tercapai jua. Tanggal 16-19 jun pesawat AK5126 telah merealisasikan impian anak2ku tu.Tepat jam 12.30 malam pesawat kami melabuhkan sayapnya di lapangan terbang kota kinabalu. ok.. besar dan cantik.

Kami bawa bekalan Mee Maggi agak banyak, maklumla...kalu dah lapar perut, masak je
Lagipun kami fikir kat sana semua barang mahal, ikut harga Sabah Sarawak harga kan berbeza..hehe..ada juga kedekutnya.

Selepas check in hotel..kami landingla...dah penat sangat.maklumla kami tersilap faham tentang pesanan SMS dari AirAsia tentang perubahan waktu penerbangan kami. Jadi kami terpaksa tunggu xtra 3 jam.. apa nak buat!dah nasib badan.

Malam pertama agak menyiksakan kami. Bilik yang kami tempah thru internet tu rupanya sempit sangat. Kena solat atas katil la. Apa taknya, separuh dari bilik adalah ruang tandas. besar dan mewah sekali.Tak sampai hati lak nak tidur dalam ruang bilik air yang mewah tu. Kami terpaksa berhimpit2 la. Tapi tidur tetap lena..alhamdulillah.Apa pun hotel Cititel..memang cantik dan selesa. Kalu nak cari hotel, boleh sangatla..