BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

anda orang yg ke ...

mutiara islam hari ini

Friday, December 25, 2009

Bersama Zura di Citadel of Qaitbau


Masjid Abu El-Abbas


Tapak Kaki Nabi Muhammad berhampiran makam Imam Syafie


Bangunan MARA milik kerajaan Malaysia..Penempatan Pelajar Medik Al-Azhar


Kenangan Bersama Th Hj Idris Masior dan isteri, pegawai MARA di Mesir

Replika bumi terbelah di perpustakaan Alex


Masjid Hussin...Cucu Nabi Muhammad s.a.w


Tugu kematian Anwar Shadat


Dunia kristal Asfour


Istana El-Montazah dikala Senja

Perpustakaan Alexandria


Monument Iskandaria/ Alexandria


1001 Firaun


Bersama Ustaz Mahbob, Zura dan Muiz


Dari dapur Roti arab

Posing di sana sini

Di Airport Abu Dhabi


Bersama Anakanda Fidaus di tepi Laut Mediterranean Alex


Berkenalan dengan Unta di Zoo


Di Airport Abu Dhabi... Indahnya Mata Memandang



Bersama remaja mesir di Citadel of Qaitbau di Alex


Di tengah kesibukan Kota Abu Dhabi



Misteri Batu terapung di Lapangan Terbang Cairo



Kediaman Firdaus ...Darul Rahim


Piramid tempat bersemadinya Firaun


Perkarangan BUUTH.. tempat pengajian Firdaus



Di perkarangan Perpustakaan Alex...cantik.



Daus Bersama Ikram di tepi Laut Mediterranean di Alex



Di Citadel of Qaitbau

Tuesday, December 22, 2009

Mat Rempit di Abu Dhabi

Salam bertemu kembali. Masih banyak coretan yg nak ku tulis sepanjang perjalanan ku ke Abu Dhabi dan Mesir selama 8 hari 7 malam tu. Kisah ini berkaitan dengan remaja. Sepanjang berada di bumi Mesir dan UAE(Abu Dhabi), aku asyik memerhatikan segala yang ada di sekeliling ku. Bangunan, kenderaan, manusia, haiwan atau apa saja... yang ketara aku tidak jumpa ramai golongan remaja di kedua-dua tempat itu.

Di Abu Dhabi : kenderaannya semuanya termasuk katogeri mewah, pemandu kebanyakan lelaki, pemanduan sangat laju.Bandarnya sangat bersih..macam singapura kata suamiku yang pernah belajar di singapura.Bangunannya sekata ketinggiannya, seakan bandar terancang.Bentuknya hampir sama.
Suasana pagi hingga tengaharinya lengang..entah ke mana orangnya. Kami berdua terus berjalan sekitar bandar Abu Dhabi.Kami singgah di banyak supermarkat bersaiz sederhana.Orang2 disini agak peramah,lembut berbicara...boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris.Tetapi Sukar untuk mengenali rakyat tempatan Abu Dhabi...kebanyakannya warna asing.ramai dari India, Nepal dan mungkin Indonesia.

Tetapi tidak seorang pun remaja yang kami jumpa disana ! Maksudku remaja yang keluar bersendirian atau berkelompok.Apatah lagi melepak2 atau merokok.Kalau di Malaysia suasana rasanya jauh berbeza.Ramai remaja di sana sini. Agaknya di mana remaja Abu Dhabi? Satu lagi tiada sebuah motosikal pun yg boleh dijumpai di Abu Dhabi..Heran juga..mungkin motosikal tidak di jual di Abu Dhabi.Agak2nya korban motosikal tiadalah....apatah lagi mat rempit mungkin takde kat Abu Dhabi.

Monday, December 21, 2009

Firaun dan piramid

Tanggal 10 dis 2009 adalah hari ke3 kami di cairo.Jam 7 pagi waktu cairo bersamaan jam 1 tengahari di msia ,ana, suami,Daus dan Ikram dah siap menunggu Ust yang akan membawa kami ke Piramid.Ini memang saat yang kami tunggu-tunggu sejak dari malam tadi.Maklumlah nak tengok sendiri camnelah rupa piramid tu...besar manalah piramid tu?

Selepas hampir 20 minit..kami sudah sampai.Dari jauh nampak puncak Piramid tu...mmg tinggi.Sampai saja...kami terus bergambar..posing dulu.Ustaz Fadil menerangkan kepada kami sejarah piramid dan Firaun secara ringkas. Rasanya cukup la...Kami mengambil keputusan untuk tidak mengambil tiket masuk kerana bayarannya agak tinggi itupun cuma untuk meninjau bahagian luar je,kalu nak masuk dalam piramid tu,,,bayaran lain pulak dikenakan.Disebabkan kami ramai..tak perlulah kami membazirkan genih (Matawang Mesir).

Memandang dari luar sudah cukup jelas nampak batu-batu yang membina piramid.di situ ada 3 piramid yang berdekatan.Memang patut la piramid termasuk senarai 7 benda ajaib di dunia.Ia di bina dari batu-batuan yang sangat besar, di ambil dari negara lain yang jauh. Ana puas fikir macamana piramid setinggi itu boleh di bina dengan tenaga manusia biasa.Itulah buktinya kekejaman Firaun... ta tau berapa ratus ribu rakyatnya yang mati semasa membina Piramid. Untuk menyiapkan piramid tu mangambil masa 20 tahun.Lucu kata ustaz Fadil..."Firaun ni tak habis2 memyusahkan manusia...masa hidupnya dikerah tenaga manusia utk menyiapkan piramid.., bila dah mati kita susah2 pulak nak beli tiket nak tengok mayat dia.." Aha...itulah namanya Firaun.

Apapun bukan semua Firaun Jahat..Yang Jahat cuma Rhamses II..yang akhirnya mati semasa mengejar nabi, tenggelam di laut Merah.Mayat Rhamses II di abadikan disebuah Muzium di Tanah Arab."Kehebatan dan kejahatannya tidak disangkakan kalau hanya melihat mayatnya, dimana badannya cuma bersaiz keci..macam saya".. Kata Ustaz Fadil lagi yang pernah melihat mayat Rhamses II tu.

Siapa pun kita kecil atau besar...tiada beza di sisi Allah swt. Yang membezakan adalah amalan kita. Maka itu jangan takbur jika kita cantik, kaya, hebat dan sihat Ditakuti nanti kita dicampakkan ke neraka jahanam.... hanya iman dan takwa yang mampu membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah.Nauzubillahuminzalik.

Cairo dan pasir

7 dis 2009.Kota cairo sungguh dingin.Musim sejuk mula menampakkan dirinya. Suhu tengahari 15 darjah celcius kalu malam menjunam ke 9 darjah. Haa...terasa sesekali hawa dingin menusuk ke tulang hitamku. Berbekalkan baju Coat luarku yg tipis aku cuba tidak keluar dari rumah selangor tanpa tujuan. Di dalam bangunan suhunya terasa normal.Tapi heater sentiasa terpasang.
Oh..begini la rasa sejuknya pada awal musim dingin di cairo.Seperti yang selalu diceritakan oleh Daus...katanya kalau bercakap keluar asap., baju sampai 7 lapis.itu pada kemuncak musim sejuk.
Alhmdlah kesihatanku tidak terjejas apa2 walaupun tidak biasa dengan kesejukkan begitu.Cuma bibirku pecah2.

Aktiviti ziarah hari ke 3 di cairo adalah sekitar bandar cairo sendiri.Kami menziarahi makam2 para pejuang agama Islam yang termasyur, namanya terukir di bibir para pencinta Ilmu dan Pejuang agama. Masjid dan kota pertahanan Islam yang Agung, seperti Solahuddin Al-Ayubi.
Masjid 4 Mazhab yang sangat unik,ketinggian masjid ini luar biasa dan tanpa sistem pembesar suara, suara azan boleh didengari oleh seluruh penduduk berdekatanItulah kelebihan teknologi dan rekacipta saintis Islam dahulu.Rasanya tidak dapat ditandingi oleh kehebatan saintis Barat hari ini Bilangan masjidnya sangat banyak..tak terkira dengan jari.Senibinanya sangat unik..walaupun tanpa teknologi moden, jentera,komputer dan alat2 bantuan moden.Strukturnya sangat kukuh..jauh sekali kelihatan akan runtuh seperti bangunan kita hari ini seringkali kedengaran runtuh bumbungnya di sana sini.

YaAllah, itulah keagungan MU. Sinar cahaya Islam tersebar disetiap inci tanah cairo.Walaupun kota Cairo tidak bercahaya dan berkilau dengan kilauan kaca atau bangunan titanium yang mencakar langit...yang nampak adalah kubah2 masjid lama yang warnanya seperti lumpur tanah. Itulah cairo.Debu dan pasir di mana-mana..Pemandangannya tidak memukau mata memandang.Terasa seakan berada di tepi padang pasir..sekali angin bertiup. debunya mewarnai bangunan yang dibuat dengan susunan batu bata. nampak sana sini ada retak dan cacatnya. tanpa cat Dulux atau weathershield yang berkilau.Kehidupan seakan cukup daif, tiada kemodenan tapi terasa cahaya Islam meresapi dalam jiwa setiap orang di Cairo..Entah macamana nak digambarkan pun tak tau. Tapi itulah ketenangan berada di bumi Ambiya. Setiap dari kita seharusnya berusaha untuk menjejaki kaki ke Cairo, tempat di mana terletaknya Universiti Al-Azhar yang merupakan Universiti yang terhebat dalam melahirkan Graduan Muslim yang unggul..