BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

anda orang yg ke ...

mutiara islam hari ini

Monday, December 21, 2009

Cairo dan pasir

7 dis 2009.Kota cairo sungguh dingin.Musim sejuk mula menampakkan dirinya. Suhu tengahari 15 darjah celcius kalu malam menjunam ke 9 darjah. Haa...terasa sesekali hawa dingin menusuk ke tulang hitamku. Berbekalkan baju Coat luarku yg tipis aku cuba tidak keluar dari rumah selangor tanpa tujuan. Di dalam bangunan suhunya terasa normal.Tapi heater sentiasa terpasang.
Oh..begini la rasa sejuknya pada awal musim dingin di cairo.Seperti yang selalu diceritakan oleh Daus...katanya kalau bercakap keluar asap., baju sampai 7 lapis.itu pada kemuncak musim sejuk.
Alhmdlah kesihatanku tidak terjejas apa2 walaupun tidak biasa dengan kesejukkan begitu.Cuma bibirku pecah2.

Aktiviti ziarah hari ke 3 di cairo adalah sekitar bandar cairo sendiri.Kami menziarahi makam2 para pejuang agama Islam yang termasyur, namanya terukir di bibir para pencinta Ilmu dan Pejuang agama. Masjid dan kota pertahanan Islam yang Agung, seperti Solahuddin Al-Ayubi.
Masjid 4 Mazhab yang sangat unik,ketinggian masjid ini luar biasa dan tanpa sistem pembesar suara, suara azan boleh didengari oleh seluruh penduduk berdekatanItulah kelebihan teknologi dan rekacipta saintis Islam dahulu.Rasanya tidak dapat ditandingi oleh kehebatan saintis Barat hari ini Bilangan masjidnya sangat banyak..tak terkira dengan jari.Senibinanya sangat unik..walaupun tanpa teknologi moden, jentera,komputer dan alat2 bantuan moden.Strukturnya sangat kukuh..jauh sekali kelihatan akan runtuh seperti bangunan kita hari ini seringkali kedengaran runtuh bumbungnya di sana sini.

YaAllah, itulah keagungan MU. Sinar cahaya Islam tersebar disetiap inci tanah cairo.Walaupun kota Cairo tidak bercahaya dan berkilau dengan kilauan kaca atau bangunan titanium yang mencakar langit...yang nampak adalah kubah2 masjid lama yang warnanya seperti lumpur tanah. Itulah cairo.Debu dan pasir di mana-mana..Pemandangannya tidak memukau mata memandang.Terasa seakan berada di tepi padang pasir..sekali angin bertiup. debunya mewarnai bangunan yang dibuat dengan susunan batu bata. nampak sana sini ada retak dan cacatnya. tanpa cat Dulux atau weathershield yang berkilau.Kehidupan seakan cukup daif, tiada kemodenan tapi terasa cahaya Islam meresapi dalam jiwa setiap orang di Cairo..Entah macamana nak digambarkan pun tak tau. Tapi itulah ketenangan berada di bumi Ambiya. Setiap dari kita seharusnya berusaha untuk menjejaki kaki ke Cairo, tempat di mana terletaknya Universiti Al-Azhar yang merupakan Universiti yang terhebat dalam melahirkan Graduan Muslim yang unggul..

0 comments: