BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

anda orang yg ke ...

mutiara islam hari ini

Monday, December 21, 2009

Firaun dan piramid

Tanggal 10 dis 2009 adalah hari ke3 kami di cairo.Jam 7 pagi waktu cairo bersamaan jam 1 tengahari di msia ,ana, suami,Daus dan Ikram dah siap menunggu Ust yang akan membawa kami ke Piramid.Ini memang saat yang kami tunggu-tunggu sejak dari malam tadi.Maklumlah nak tengok sendiri camnelah rupa piramid tu...besar manalah piramid tu?

Selepas hampir 20 minit..kami sudah sampai.Dari jauh nampak puncak Piramid tu...mmg tinggi.Sampai saja...kami terus bergambar..posing dulu.Ustaz Fadil menerangkan kepada kami sejarah piramid dan Firaun secara ringkas. Rasanya cukup la...Kami mengambil keputusan untuk tidak mengambil tiket masuk kerana bayarannya agak tinggi itupun cuma untuk meninjau bahagian luar je,kalu nak masuk dalam piramid tu,,,bayaran lain pulak dikenakan.Disebabkan kami ramai..tak perlulah kami membazirkan genih (Matawang Mesir).

Memandang dari luar sudah cukup jelas nampak batu-batu yang membina piramid.di situ ada 3 piramid yang berdekatan.Memang patut la piramid termasuk senarai 7 benda ajaib di dunia.Ia di bina dari batu-batuan yang sangat besar, di ambil dari negara lain yang jauh. Ana puas fikir macamana piramid setinggi itu boleh di bina dengan tenaga manusia biasa.Itulah buktinya kekejaman Firaun... ta tau berapa ratus ribu rakyatnya yang mati semasa membina Piramid. Untuk menyiapkan piramid tu mangambil masa 20 tahun.Lucu kata ustaz Fadil..."Firaun ni tak habis2 memyusahkan manusia...masa hidupnya dikerah tenaga manusia utk menyiapkan piramid.., bila dah mati kita susah2 pulak nak beli tiket nak tengok mayat dia.." Aha...itulah namanya Firaun.

Apapun bukan semua Firaun Jahat..Yang Jahat cuma Rhamses II..yang akhirnya mati semasa mengejar nabi, tenggelam di laut Merah.Mayat Rhamses II di abadikan disebuah Muzium di Tanah Arab."Kehebatan dan kejahatannya tidak disangkakan kalau hanya melihat mayatnya, dimana badannya cuma bersaiz keci..macam saya".. Kata Ustaz Fadil lagi yang pernah melihat mayat Rhamses II tu.

Siapa pun kita kecil atau besar...tiada beza di sisi Allah swt. Yang membezakan adalah amalan kita. Maka itu jangan takbur jika kita cantik, kaya, hebat dan sihat Ditakuti nanti kita dicampakkan ke neraka jahanam.... hanya iman dan takwa yang mampu membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah.Nauzubillahuminzalik.

0 comments: