Perpustakaan Alexandria
Monument Iskandaria/ Alexandria
1001 Firaun
Bersama Ustaz Mahbob, Zura dan Muiz
Dari dapur Roti arab
Friday, December 25, 2009
Posted by Cikgu Kay, Klang 013-3333126 at 8:08 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perpustakaan Alexandria
Monument Iskandaria/ Alexandria
1001 Firaun
Bersama Ustaz Mahbob, Zura dan Muiz
Dari dapur Roti arab
Posted by Cikgu Kay, Klang 013-3333126 at 8:08 AM
Alhamdulillah pada 6-13 dis lalu ,ana telah diizinkan Allah untuk berada di bumi anbiya iaitu mesir atau egypt. Sesungguhnya ia adalah pengalaman yang amat bermakna sepanjang hidup ini.Ini adalah kunjungan ke tanah arab kedua selepas mengerjakan haji pd tahun 2007 yang lalu.Ramai org kata mesir bukan destinasi pelancongan yg diimpikan..mungkin ada sebabbya.tapi ana rasa semua org patut pergi ke mesir kerana disana banyak sejarah Islam yang menjadikan kita insaf dan dapat menambahkan keimanan kepada ALLAH.
Walaupun ana boleh sampai ke sana atas sebab menziarahi anakanda tercinta..firdaus yang sudah 2 tahun merantau di bumi yang tandus dan dingin itu.Tapi sebenarnya Allah telah merencanakan keatas ana dan suami..utk melihat kehebatan sejarah islam, perjuangan para nabi dan sahabat,ketinggian syiar islam di sana dan akhlak orang islam yg tinggal di tanah arab yang penuh dengan sejarah perjuangan islam dahulu.
Mencari Tanah perkuburan Asy-Syahid Hassan Al-Banna seperti mencari kubur penjenayah tersohor, Sehingga kami terpaksa bertanyakan penduduk kampung secara senyap2.takut2 polis ada di situ. ya Allah mengapakah seorang pejuang Islam yang begitu hebat..seolah2 tidak boleh diziarahi secara terang-terangan. Kedudukan perkuburannya terletak di kawasan perkuburan awam yg sangat daif, sudah reput binaan dinding dan pagarnya. Kunjungan kami bukan sekadar utk menghadiahkan Sedekah al-Fatihah utknya tetapi melihat sendiri bagaimana Makam seorang pejuang Islam yang dibunuh pada usia 40 tahun kerana ketakutan musuh Islam terhadap dakwah yang di bawa oleh As-syahid tersebut. Apapun tulisan dan buku2 yang ditulis oleh As-syahid Hassan Al-Banna sangat banyak dicetak di mana2. Alhamdulillah kami dapat menjejakinya juga selepas bertanyakan kepada lebih kurang 8 org penduduk disekitarnya.Apapun kami puas dan yakin roh as-syahid itu aman damai bersemadi disitu.Lihat foto di bawah
Lain pula apabila melawat tugu kematian Anuar Shadat...yang di awasi tentera setiap saat 48 jam tanpa tidur.Masyaallah itulah hakikatnya manusia didunia ini.Tidak dpt dinilai kedudukan manusia di sisi Allah..dari pandangan mata manusia.Perkuburan yang tersergam indah, menara berbentuk piramid, tersergam indah ditepi kesibukan kota cairo.Tapi tidak ramai yang menyebut2 kebaikannya semasa hidupnya.Hanya ALLAH yang maha mengetahui tentang segala sesuatu.
0 comments:
Post a Comment