BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

anda orang yg ke ...

mutiara islam hari ini

Friday, March 5, 2010

Perjalanan kerana Allah

ASSALAMUALAIKUM WTH..Salam Satu Malaysia,
selamat bertemu kembali...selepas 2 bulan berlalu... aku tidak berkesempatan mencoret2 dalam blog ku ini.Almaklumlah sibuk sikit dengan urusan sekolah dan bisnes.Hari ini terasa nak berkongsi sesuatu pulak dengan anda semua.

Sesungguhnya apa jua pekerjaan yang kita buat semestilah kerana Allah, barulah kita beroleh pahala..kalu tidak tentulah semuanya sia-sia belaka.oleh itu kehidupan yang singkat ini haruslah di manafaatkan seoptimanya.pejam celik pejam celik, umurku dah mencecah 40 tahun ini.lutut dah terasa sakit2..kalu banyak berjalan,urat saraf pun agaknya dah kendur...di mamah usia. Apa pun kita sentiasa berharap ALLAH sentiasa memanjangkan umur kita semoga dapat kita memberi manafaat kepada orang lain dan meningkatkan amalan kita sebelum kita berlabuh di alam barzah.

Perjalanan hidup ini memang indah, banyak nikmat yang Allah beri yang menjadikan kita terasa bahagia.Anak-anak yang comel,kenderaan yang mewah,rumah yang selesa, timbunan harta benda banyak.Dan yang paling besar adalah nikmat ISLAM. janganlah kita terleka dan terlalai dengan anugerah yang ALLAH berikan tu..tapi ramai orang yang mengeluh kerana tidak merasa cukup dengan apa yang ALLAH anugerahkan. Seakan tidak cukup dengan apa yang ada...kita sepertinya impikan mahligai dan kenderaan mewah untuk bahagia, dilimpahi dengan wang ringgit berjuta2..kita fikir kita bahagia. Lupakan itu semua..kerana kita silap kalau berfikiran begitu.

Apa yang membahagiakan kita ialah ketenangan yang hakiki dari jiwa yang tenang, hati yang sentiasa mengingati ALLAH, bertasbih, bertahmid dan beristifar kepada ALLAH swt. bak kata lagu opick dari Seberang; Ubat hati ialah 5 perkara
1. membaca Al-Quran dan terjemahannya
2. Solat malam..tahajud dll
3. bersama orang soleh..menghadiri majlis ilmu
4. berzikir
5. bersedekah

sesungguhnya perkara di atas akan mendatangkan kebahagiaan yang sangat hebat. Kemanisan iman yang tak dapat di bandingkan dengan memiliki wang berjuta ringgit sekali pun.

Kalu anda rasa hidup tidak gembira..tak bahagia... cubalah laksanakan perkara yang dikatakan ubat hati itu...Dan rasakan sendiri nikmatnya.


Pada saya perkara yang sangat mendamaikan ialah perjalanan sebagai tetamu ALLAH ke Tanah suci Mekah pada tahun 2007.Kesempatan menjadi tamu allah adalah nikmat yang tak boleh di bandingkan dengan kegembiraan lainya. Kalu anda belum sampai..ikhtiarkan sedaya upaya, berdoalah moga ALLAH mengizinkan anda berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci itu..semoga sampai ke sana sebelum malaikat maut menjemput anda.kerana itu adalah rukun Islam..jangan melengahkan menyempurnakan rukun Islam ke-5 itu kerana hidup kita hanyalah kerana Allah dan ibadah kita hanyalah kerana ALLAH.. berbelanjalah sekadarnya jika pendapatan kita kecil, buatlah tabungan untuk menyempurnakan rukun Islam itu. usah berangan-angan menukar kereta baru, berpindah ke rumah banglo mewah dan melancung ke Paris kalu ibadah rukun belum sempurna. Ada yang kata belum sampai seru... malah dah sampai ke berpuluh negara atas urusan melancong.. alangkah malangnya diri kita jika belum bersedia ke Mekah..kerana masih muda ! ramai yang kata, "aku nak naik haji bila dah pencen nanti"

sedar atau tidak kerja haji adalah rukun Islam bagi yang mampu..bukan mengikut umur.
Tapi itulah realiti yang berlaku hari ini...malah ada yang kata ''Ehh...kau dah muda pun dah pergi haji ke? bunyinya seperti ada yang tidak kena bila orang muda melaksanakan haji. Itulah salah konsep yang berlaku pada segolongan besar masyarakat kita hari ini.

sedihnya apabila melihat golongan berada hari ini..menghabiskan wang yang banyak untuk bermewah2 dari segi makan minum dan pakaian.ada yang menghabiskan wang beribu ringgit untuk kelihatan cantik,bergaya modern dengan barangan berjenama dan hidup dalam serba kemewahan..tapi tidak pernah terfikir untuk melengkapkan perkara rukun dalam agamanya. Walhal perjalanan hidup di dunia ini amat singkat...sehingga terlupa tentang kehidupan abadi di akhirat nanti.

Sesungguhnya perjalanan hidup ini sangat singkat..dan berjalankan kamu di atas muka bumi ini agar kamu merasa lebih dekat kepada pencipta. Ingatlah Berjalanlah kerana ALLAH. ASSALAMUALAIKUM WTH. WALLAHUAKLAM

0 comments: